"Aisyah cepat!!! Papa dah siap laaa!", Kak Asmah jerit dari bawah
Shoot! Dah la tak mandi, tak solat Asar lagi! Terhegeh-hegeh la mandi dengan style mandi kerbau dan solat macam kilat. By the time turun bawah dengan bag, Kak Asmah dan papa dah kat dalam kereta tunggu.
"ASDAF ni kat mane?", Kak Asmah tanya.
ASDAF adalah short from untuk Asrama Darul Falah. Asrama yang menempatkan anak-anak yatim orang asli dan merupakan tempat pengumpulan kami sebelum ke perkampungan orang asli di Kampung Pantos, Kuala Lipis Pahang.
By the time sampai ke ASDAF (dekat Bangsar), cun cun masuk maghrib. Aisyah amik telekung dalam bag dan terus ke surau untuk solat jemaah bersama-sama. Anak-anak kat situ pandang pelik je. Kot kot diorang pikir, sapa pulak la kakak nie, senyum-senyum kambing kat kami, tak penah tengok orang ka?
Selesai solat, aisyah sms Kak Mas, "Akak katne? Aisyah dah sampai ASDAF".
Through Kak Mas la aisyah tahu SALAM ada kendalikan aktiviti ini. Dan Kak Mas jugak la orang pertama minta tempe dari Jogja. Katanya tempe jogja lain dari Malaysia nya. Er..ye ke?
Teringat kali pertama jumpa Kak Mas. Aisyah dan papa on the way turun bawah (dari puncak gunung di FRIM) bila terjumpa satu group orang Jepun tengah berehat kat post rehat. Masa tu tengah hot-hot minat cerita Jepun, so jadi excited plak jumpa orang Jepun benaran. Jagun la katakan..
Di antara orang-orang Jepang ni, adalah seorang kakak berkulit hitam manis memperkenalkan diri. Papa, being his usual self strike up a conversation. Borak punya borak kami dapat tahu dia volunteer yang bawak jalan orang-orang Jepun dan merupakan ahli Yayasan SALAM, sebuah NGO sukarelawan. Papa memang tahu aisyah interested benda-benda macam ini, so he told me to take her number.
Itu 3 tahun yang lepas. Sekarang aisyah adalah officially ahli SALAM, walaupun dah tak aktif selepas masuk KTT :(
Sambil menunggu Kak Mas, volunteer-volunteer lain turut datang. Pelajar Perubatan UKM (PPUKM) juga turut terlibat. Kira-kira 9pm, kami ada briefing dengan wakil ASDAF, Encik Latif.
"Jangan sebut sakai, jangan berjanji dengan orang asli nanti dia tuntut sampai mati, tiada proper tandas disana. Kalau terpaksa ke semak untuk membuang, buanglah (masa ni terkedu gak) etc etc", antara di sebut Encik Latif.
After briefing kami diagihkan ke kereta-kereta. Aisyah luckily dapat sama dengan Kak Mas. Selain dia, ada Abang Syakir aka driver kami aka suami Kak Mas (diorang berjumpa masa volunteering. Comel kan?!!) dan Kak Lisa aka kakak si kecil comel.
So off we go!
Kami berhenti sekejap di tol Gombak untuk menunggu teman-teman yang lain. Selepas tu perjalanan di teruskan. Jam menunjukkan 12.32am, aisyah pandang ke luar, melihat kelibat-kelibat pokok bergerak laju, lagu di radio sayup ke dengaran, dan keadaan kereta yang dingin, perfect condition untuk layan perasaan. Oh malam~
Kami stop sebentar di Raub untuk minum. Teringat kata Encik Latif yang tiada toilet, banyak la yang beratur nak ke toilet. Ni kalau buat business toilet memang sure untung la malam tu!
Kira-kira jam 2pagi, kami tiba di Masjid Muhajirin. Dari sini, perjalanan ke perkampungan itu hanya akan mengambil 40 minit. Tapi untuk sekarang, kami akan tidur di masjid, besok pagi baru kesana.
...bersambung
No comments:
Post a Comment
we nag we gag