Sunday, July 31, 2011


"Syah, yang penting dalam hidup kita ni niat kita jer Syah. Antara kita dan Tuhan"

Wednesday, July 27, 2011

Cuti di Malaysia

Salam and ola folks!

Sekarang saya di Malaysia untuk cuti 2 minggu. Balik-balik jejak Malaysia dah makan banyak. Banyak! Memang tak sedar diri badan dah naik, sampai naik tangga 2 tingkat pun semput-semput. Aigoo.

Exam IKM (a.k.a public health), tiada. Yea, kalian telah membaca dengan benar. Tiada exam. Cuma post test dan diskusi dengan dosen (lecturer). Apa yang dibincangkan cuma aktiviti dilakukan sepanjang 2 minggu itu. Apa yang di observe, apa permasalahan masyarakat, apa yang kita dapat, apa yang patut diselesaikan. Santai, seperti stase ini juga.

Tapi selain daripada skripsi yang harus diselesaikan, kami juga harus lakukan penyuluhan kepada masyarakat. Contoh, penyuluhan mengenai Leptospirosis dan yang paling gempak, hari Ahad lepas, dilakukan penyuluhan Demam Berdarah Dengue kepada anak-anak kecil untuk program Jumantik (Juru Mantau Cilik). Malangnya, that time saya tak dapat ikut. Balik Malaysia sudah. Ngeh!

Sekarang di Malaysia, selain dari makan banyak, menjadi babysitter kepada Zulakiha dan Husna. Mary Poppins gitu.

Cikin, adik saya pula sibuk berkerja. Kat bawah rumah penuh dengan post it notes. Kerja memberitahu program nutrition kepada sekolah-sekolah di daerah Selangor. Duduk lah dia depan fax machine di depan dengan sibuk bercakap dalam phone. Kelaaaaas ko! Bak kata Zulaikha la kan. Entah mana la dia belajar -_-"

Abang poyot dan Kak Bobby pun ada kat rumah. So kat bawah rumah tu selain jadi opis Cikin, penuh dengan Abang dan Kak Bobby punya barang gak. Comics, printer, tablet, kertas skteches, laptops,botol susu bermacam warna, cd Barbie etc. Penuh. Mama tutup sebelah mata jer la tu. Hehe.

So far, holiday di Malaysia ok lah. Memang adat biasa dari dolo-dolo, the first week laze around. Tiada nak bercontact atau nak berjumpa dengan kawan, tiada nak keluar-keluar, tiada melaksanakan benda-benda produktif. Standard berholiday di Malaysia. Laze around. I'm happy!

Oh and do read this, Groom was a She

Till then,
Cheers!

Friday, July 22, 2011


Allah did not promise Days without pain,
Laughter without sorrow,
Sun without rain.
But He did promise:
Strength for the day,
Comfort for tears,
and Light for our ways

Tuesday, July 19, 2011

Kehidupan di stase IKM

Ola folks!

Sekarang dah stase IKM (Ilmu kesehatan masyarakat a.k.a public health), extremely santai dibandingkan stase obsgyn (which by the way reason kenapa tak update blog masa tuh. pffftt).

Stase IKM rasa macam days kat kampus dulu-dulu. Cuma lebih santai dari santai. Heks. Lecture start jam 8 sampai 9 di kampus (yang kekadang tiada pun), dan selepas itu aktiviti bebas.

Basically apa yang dilakukan masa nih adalah kampus akan assign ke suatu wilayah dan kami akan mencari permasalahan kesehatan di kawasan tersebut. Maksud by mencari permasalahan kesehatan adalah dengan melakukan survey di kawasan tersebut. Kemudian satu group perlu lakukan satu skripsi mengenai survey tersebut. Senang. Dua minggu saja. Beresss.

Tapi bagi someone yang baru lepas cuti 2 minggu, dan masuk IKM, saya take this for granted . Is there such things as over-holidaying? Over holidaying dengan duit mempet menghitung hari scholarship masuk. Pfftttt. Syndrome budak biasiswa pada bulan-bulan terakhir.

Sekarang dengan kondisi tiada internet di rumah, harus ke kampus untuk online. Rajin saya. Konon nak buat skripsi, tapi 2/3 dari masa digunakan untuk buat skripsi habis guna online. Takde self-discipline. Internet is the enemy! Enemy!

Oooon the other hand, I'll be coming back to Malaysia this coming Sunday. Excite! Lagi-lagi sebab tahu dapat tengok Harry Potter kat sana. Yea, kerana pajakan untuk membawa movie ni masuk Indonesia sangat tinggi, walaupun movie dikategori sebagai much anticipated movie of the year, tetap tak dapat masuk Yogyakarta. Ngeng. Tapi beside HP, takde terkilan sangat pun. Bukan peminat nonton movie kat bioskop pun.

Sekarang di rumah, tiada sorang housemates pun. Semua dah caw caw ke luar kota. Stacey dan Hema di Banyumas, Woanshiang di Klaten dan Malina di Purworejo. One week with the whole house to myself. Bikin party? Budget macam cite-cite mat salleh gitu.

Tapi sebenarnya depressing bila balik tiada orang. Kepada siapa saya nak cerita cite-cite drama saya pada hari ituh??!! Malam pula double check semua pintu kunci. Paranoid tetiba. Tapi sebenarnya ok jer. Duduk dalam bilik, buka cerita korea (obsess!) habis cerita. The next 1 year should be like this. Bila sorang balik, lagi sorang plak keluar. The thought of jarang makan dinner d6 sama-sama like old times menyedihkan. Koas life. Chill je.

Ok kena sabar untuk berlibur minggu nih. I'm coming home bebeh!

Cheers!
:)

Saturday, July 9, 2011

"Sebenarnya apabila kau berlari-lari mengejar syurga, kau tidak mahu memegang tanganku membawa aku bersama-sama kan? Macam bodoh mengharapkan orang lain untuk semakin dekat kepada Dia. Maka tertinggal, semakin jauh..semakin jauh lagi".

Saturday, July 2, 2011

Post Karimun


Salam,

Sekarang badan rasa melambung-lambung.

Ni semua gara-gara balik dari Karimunjawa. Trip 4 hari 3 malam dengan Fazrul, Jaja, Sudien, Eng Siang dan Susie yang sangat sangat penuh memori (dan hampir meragut nyawa!) juga penuh dengan cobaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan dan dugaaaaaaaan.

But all and all, seperti status Eng Siang, its a wonderful and memorable experience. Even more when you spend it with these 5 other crazy fella. Sampai gelak tergolek-golek sakit perut dengan diorang.

Nak cerita experience, maybe next time. Banyak sangat benda terjadi. Later jer lah.

Oh, btw

Adik saya dah 20 tahun!

Happy Birthday Cikin Buchuk!
Akak forever sayang awak.
:)

Cheers!