2nd day in Taiwan
Hari ni, hari introduction ke department yang aisyah masuk. Masa apply, aisyah pilih cardiovascular surgery department, tapi yang dapat thoracic surgery department, but no complaint nevertheless sebab nanti selepas 2 minggu, aisyah akan ditukar ke department pilihan aisyah.
Kat Taiwan, bilik yang aisyah duduk ada 4 orang total, tapi divided kepada dua. Yang part dalam ada 2 budak Slovakia, Maria dan Mereka (tinggi oooh) dan yang sama dengan aisyah adalah Tara sendiri, budak Canada yang aisyah pernah bagitahu dulu. So far, takde masalah communication, maka nak bangga kejap kat diri sebab boleh spekang english dengan mat salleh. hoho. Tempat yang aisyah duduk macam dorm, so macam rasa lah skit duduk asrama macam mana :P
Untuk contact person aisyah disini, aisyah ada 2 orang. Sorang perempuan, sorang lelaki, Lynn and Harry. Diorang ni baru 19 tahun tapi mak ai, tinggi! Ish, terasa kependakan diri. cis.
Oke, cool part pasal masuk surgery department adalah dapat masuk floor operating room. Seriously tak sangka tempat tu besar! Kalau dalam tv kita nampak pasien masuk bilik operation dan tu jer la. Tapi kat General Veteran Hospital nih, macam satu floor untuk surgery jea. Siap ada tempat nak makan, nak berehat, tempat salin baju dan tempat post operative room. And all the time kena pakai mask dan complete set baju bersih.
Nah, last time aisyah pernah risau pasal pakai baju bersih lengan pendek, tapi sebenarnya tiada masalah pun. Memang complete baju bersih tu dah cukup cover badan-lengan panjang dan ada cap untuk cover rambut (aisyah still pakai small headscraf kat dalam), cuma leher jea ternampak. Bila fikir baik, macam ada hikmah gak kan Allah suruh tutup aurat nih.
So basically, doktor-doktor kat sana baik. And apparently majoriti doktor di thoarcic department adalah doktor laki. Doktor laki MUDA. hehe. hehe. hehe.
Hari ni luckily aisyah dapat tengok operation lobectomy. To be exact, right upper lobe lobectomy. Cool sangat sebab finally dapat tengok operation in endoscopic. Tapi tu aa, 5 jam dalam operation room beb! Dari 930 sampai ke jam 2. And seriously, tempat tu sejukkk. Aisyah sampai menggigil kat dalam!
Tapi operation ni lama jugak sebab ada complication di paru, ada bleeding. Initially team ada 2 doctors, 1 intern and 2 nurses,tapi sebab bleeding jadi 4 doctors (one specialize in microsuturing), 1 intern dan 5 nurses. Masa tu memang nampaklah darah memancut-mancut sampai doctor kena buat open surgery untuk tangani bleeding tu.
Another new experience aisyah dapat hari ni adalah lunchbox dengan pork!
Sebab masih on going surgery, aisyah dengan Janet (intern disana, dan juga orang yang assign untuk aisyah) tak dapat turun ke food corner untuk beli makanan. Instead diorang provide lunchbox untuk kami makan. Nak tolak, rasa serba salah since aisyah dapat keluar dari surgery room pun sebab doktor insist aisyah pergi lunch. Bila bukak lunchbox, haa satu pork besar atas nasi ,sayur dengan pork dan tofu! End up aisyah kasi aisyah nye pieace of pork kat Janet, dan makan nasi tepi-tepi yang tak kena pork tu. Itu pun sebab tak sampai hati nak tolak lunchbox tu. Hopefully kalau termakan Allah maafkan aisyah. Amiinnn.
K la, aisyah akan try update blog from time to time. Maybe some pictures on the place I'm staying. Ohya, just from today ada 2 orang cakap aisyah piau liang! hahaha.
Till then,
Cheers!
piau liang apekah?
ReplyDeleteaisyah, ada awek taiwan yang cun tak? teeheehee...
adaaa. mai la cni. comel2 blaka. haha
ReplyDelete